#Gerakanmenutupaurat

Mengapa Harus Terbuka Sedang Yang tertutup Jauh Lebih Baik

Kajian Rutin

Setiap Senin di Musholah Ulul Al-Baab

Mountain

Allah Lah yang menciptakan ini semua

Mountains

Mountains Lake

Wednesday, April 25, 2012

RAIH KEMBALI KEJAYAAN ITU




Kehidupan ini seperti roda.
Ada kalanya berada di bawah, dan ada kalanya berada di puncak.
Hukum ini berlaku untuk manusia, peradaban suatu negara, ekonomi, ideologi, dan sebagainya.

Tidak luput pula hal ini terjadi pada sebuah lembaga fakultas yang bergerak dibidang keagamaan, politik, seni, sosial kemanusiaan, jurnalistik, dan sebagainya.
Ada masa dimana lembaga ini menjadi stagnan dan ada pula masa dimana ia meraih kejayaannya.
Mengapa mesti bingung dengan kondisi demikian, toh hal itu adalah realita dan merupakan fenomena.
Negara super power seperti Amerika pun pernah mengalami masa kelam saat dilanda perang saudara, perang vietnam, dan lain-lain.
Sejarah pun mengkisahkan kehancuran kerajaan Roma Byzantium dan Persia yang kekuasaannnya hampir seluruh wilayah Eropa, Asia dan Afrika.

Monday, April 23, 2012

Syaitan Menyesatkan Niat Pemuda Soleh

Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang darinya kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat maksiat dan kejahatan.

Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.”

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.”

Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.”

Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.

Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk).

Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti langkah-langkah syaitan.

Hari ini syaitan bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan dengan orang-orang Islam hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya.

Wednesday, April 18, 2012

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu Sabarmenjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

source  www.islam2u.net

INTANSURULLAHA YANSURKUM

Assalmualaikum war.wab....
Pertama dan selama-lamanya kita ucapkan syukur pada Allah SWT. Kita memohon pertolonganNya dan ampunanNya. Salawat serta salam semoga selalu tercurahkan kepada Rasulullah Muhammad SAW keluarga, sahabat serta para pengikutnya hingga akhir jaman. 

"wahai org2 yg beriman, ! jika kamu menolong agama Allah, n
iscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Muhammad ; 7)
                                                                  
Jika kita menginginkan sesuatu, kita minta dari Allah, Tuhan segala isi dunia. Tapi, untuk itu kita perlu bagi sesuatu dulu. Apa kata anda? Suatu yang sulit kah?

Bagi saya tidaklah begitu susah. Menolong agama Allah bukanlah maknanya perlu mengangkat senjata, melainkan dengan kita disiplinkan diri untuk shalat berjemaah, doakan sahabat dan saudara kita, mujahadah dalam belajar, sedekah, nasihat-menasihati dsb.

Pasti semua setuju kalau saya mengatakan, dakwah melalui qudwah (Perilaku) itu lagi menarik hati daripada lisan saja kan? Jadi, apakah kita mulai dengan diri dahulu? . simple2 saja, soal berpakaian. kalau yg muslimahnya,  rigidkan busana dengan jubah dan tudung labuh semata, sekedar berusaha utk labuhkan mana yang patut, longgarkan sedikit mana yang perlu. tentu manis kan?

"jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mangalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yg dapat menolongmu? Karena itu, hendaklah kepada Allah sajalah org2 mukmin bertawakkal."

(Ali Imran ; 160)

Kita lihat sejarah awwalul hizb dalam Islam. perang Badar. Subhanallah, cuma dengan 313 muslim menentang 1000 musyrikin waktu itu, kita peroleh kemenangan cemerlang. Begitu juga kisah Sultan Muhammad Al-Fateh melawan Constantinople, di saat pemilihan panglima tentaranya, beliau tidak bertanya tentang siapa yang paling terkuat dalam kalangan mereka. tetapi, apa yang ditanya? soal shalat, tiang agama itu.

sungguh, benar sabda Rasulullah SAW, lebih kurang bunyinya begini.

"tidak akan kuat umat Islam, selagi saf shalat subuhnya tidak sama dengan saf shalat Maghribnya."

betulkan jika saya salah ya!.

Seyogianya, kita renung dalam-dalam pada diri, tanya hati, ramai orang bila ditanya apa sumbangannya utk agama yg satu ini, jawabnya, aku boleh buat ini Sajalah, yg lain tidak mampu”. betul, tidak salah jawaban itu. Tapi, apa yg saya lihat, selain yg  itu, banyak lagi minor lain yg boleh disumbang, tapi tidak dilaksanakan. Jadi, kesadaran itu yg utama sebenarnya, malulah kita pada burung kecil yg berusaha memadam api yg membakar Nabi Ibrahim, walaupun ia tahu tidak mungkin sejuk api itu dgn air yg sedikit di dalam paruhnya. karena apa? karena ia tahu, Tuhan Tidak melihat natijah, Dia sudah tulis segalanya di Lauh Mahfuz. tetapi, usaha itu jugalah yg dipandangNya.

Mari menolong Allah!!! J
                 Ulil Al – Baab